( LME ) HARGA EMAS SEMASA

 

azwanqm

Saya AzwanQM
Consultant sah Quantum Metal
Layari facebook : AzwanQM

Cara daftar akaun padu


Bagi anda yang belum mendaftar, anda boleh melakukan pendaftaran PADU ini secara atas talian atau secara manual, dengan cara berikut:


Pendaftaran Online


MAKLUMAT ASAS

Layari www.padu.gov.my Tekan butang ‘DAFTAR SEKARANG’. 

Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada kad pengenalan. 

Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.


PENGESAHAN AKAUN

Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.


TETAPKAN KATA LALUAN

Kata laluan mestilah ditetapkan dengan kombinasi huruf besar, kecil dan simbol istimewa. Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses pengemaskinian maklumat.


Pendaftaran Secara Manual

Memandangkan capaian internet di bandar dan luar bandar yang berbeza, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai mod pendaftaran dan pengemaskinian maklumat setiap warganegara Malaysia di sistem Sistem Pangkalan Data Utama:


Bagi pendaftaran secara manual, pastikan anda membawa dokumen berikut:

-Kad pengenalan & salinan kad pengenalan

-Maklumat bank

-Pendidikan tertinggi

-Maklumat pekerjaan

-Maklumat pendapatan

-Maklumat komitmen

NOTA: Walaupun anda sekarang tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan, anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.


padu

Tarikh Pendaftaran & Kemaskini Maklumat

Pendafataran PADU ini boleh dilakukan bermula bermula 2 Januari 2024 dan sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan anda boleh melakukan pengemaskinian maklumat sehingga 31 Mac 2024.


FAQ

Berikut merupakan jawapan yang sering menjadi persoalan orang awam berkenaan PADU:


1.Apa itu PADU?

Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar.

2.Siapakah yang boleh mengemaskini maklumat dalam Sistem PADU

Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

3.Bagaimana untuk membuat semakan dan pengemaskinian profil individu dalam sistem PADU?

Setelah selesai membuat pendaftaran kali pertama, tekan butang ‘Log Masuk’ di menu atas. Isikan No. Kad Pengenalan dan kata laluan dan tekan butang ’Log Masuk’

4.Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat?

Anda boleh mengemas kini maklumat pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan sebelum penghantaran pengesahan perakuan dibuat. Sila rujuk Portal PADU bagi sebarang pengumuman terkini

5.Bagaimanakah saya boleh membuat aduan atau pertanyaan berkaitan PADU?

Anda boleh membuat aduan dengan menekan menu “Hubungi Kami > Aduan Baharu” atau butang ”Maklum balas” di halaman utama. Anda juga boleh menghubungi kami di talian 1800-88-7720.

6.Saya tidak memerlukan bantuan Kerajaan. Adakah saya perlu mendaftar?

Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

7.Sekiranya saya reset/terlupa kata laluan, bagaimanakah cara untuk menetapkan semula kata laluan?

Anda boleh menetapkan kata laluan baharu dengan menekan di sini. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Telefon Bimbit dan klik butang seterusnya. Link penetapan kata laluan baharu akan dihantar ke e-mel berdaftar anda.

8.Apakah tujuan utama pembangunan PAD

Meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan Kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.

9.Adakah PADU sama dengan Program ID Digital Nasional (IDN)?

TIDAK. PADU merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu mengakses dan melaksanakan urusan dalam talian.

10.Apakah dokumen yang perlu ada untuk pendaftaran dan pengesahan identiti sewaktu proses pendaftaran?

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah kad pengenalan dan maklumat lain termasuk maklumat pekerjaan, akaun bank dan lain-lain.

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan PADU ini anda boleh ke laman rasmi PADU 

Layari www.padu.gov.my 







PENAFIAN : Ini adalah laman blog peribadi untuk tujuan promosi . Blog ini bukan web rasmi bagi syarikat yang menjalankan perniagaan ini. Segala potensi pendapatan yang dinyatakan adalah simulasi dan bergantung kepada usaha individu yang terlibat untuk mencapai sasaran pendapatan yang dicadangkan.